“Rupa Tak Penting..” – Hyeri Luah Keinginan Untuk Berkahwin Pada Usia 30-an

EntertainmentLifestyle
13 Feb 2025 • 1:40 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah pun menjangkau usia 30 tahun, Hye-ri pastinya ada terfikir untuk menamatkan zaman bujang kan.

Baru-baru ini, Hye-ri telah muncul sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Lee Yong-jin, di mana pengacara itu ada membacakan ramalan kad tarot kepadanya.

Dalam video itu, Lee Yong-jin meramalkan sekiranya Hye-ri akan berkahwin pada umur 30-an. Respon Hye-ri,

Saya tidak fikir saya akan berkahwin pada usia 30-an tetapi saya mahu berkahwin ketika umur saya 30-an.

Balas lelaki itu,

Saya rasa awak akan berjumpa dengan seseorang yang baik sebelum 35 tahun, dating agak lama dan kemudian berkahwin selepas 35 tahun.

Kemudian mengenai ciri lelaki idamannya, Hye-ri berkongsi,

Penampilan tak penting bagi saya. Saya suka lelaki pendiam dan yang mementingkan keluarga.

Semoga cepat sampai jodoh untuk Hye-ri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved