“Rupanya Dia Dibelai Suami Orang” – Isteri Kantoi Curang Kali Kedua, Gadai Maruah Jadi ‘Office Wife’ Doktor

25 Aug 2025 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang lelaki di Facebook telah mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik video ketika ‘menerjah’ isterinya yang berlaku curang bersama seorang doktor.

Menerusi hantaran itu, lelaki terbabit meluahkan kekecewaan terhadap isterinya yang curang selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan memiliki anak-anak.

Kata Jason Wong, sebelum ini tidak pernah langsung timbul rasa curiga terhadap wanita berkenaan namun isterinya akhirnya kantoi menjadi ‘office wife’ kepada rakan sekerja.

Tapi rupanya, selama ini dia dibelai oleh orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional, dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang.

image is not available

Dah pernah kantoi, beri amaran tapi tak serik serik

Tambah Jason, sebelum ini kecurangan itu diketahuinya dan pernah memberikan amaran namun isterinya tidak serik-serik dan masih menjalinkan hubungan.

Meskipun hati hancur dan terasa hidup ini sudah tiada makna namun kata Jason dia kuat dan bangkit apabila memikirkan anak-anaknya.

Bila sekali diberi peluang pun masih tak berubah, saya tekad untuk bercerai. Tamatlah 10 tahun rumah tangga saya. Saya pilih untuk teruskan hidup, bukan sebab saya kalah, tapi sebab saya lebih sayangkan diri sendiri & anak-anak.

image is not available

image is not available 2025-08-01 11:40:57

"Yakin Ke Laki Ko Tak Salah, Dari Dulu Kerap 'Update' Suami 'Problem' - Netizen 'Sound' Elcah Isu Dakwaan Curang