Rupanya Fazura Fail Cerai Sehari Sebelum Hari Istimewa Buat Fattah Amin

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 4:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fazura

Desas desus mengenai konflik rumahtangga Fattah Amin dan Fazura akhirnya terjawab selepas Fazura menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, rupanya tarikh Fazura failkan cerai adalah sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah Amin iaitu pada 14 September.

Kalau korang tengok satu hantaran di Instagram Fazura bertarikh 14 September tahun lepas, nampaklah yang mereka mengadakan majlis kelahiran Fattah yang juga disambut rakan rapat dan juga selebriti lain.

Bukan tu jer, Fattah juga dikatakan tidak menjawab panggilan pihak media untuk mendapatkan respon mengenai perkara yang berlaku ini.

Sebelum ini pernah kecoh apabila ada seorang individu bertanya kepada pelakon jelita itu di mana Fattah Amin sebab dah lama tak berkongsi momen bersama di media sosial.

Tak berdiam diri, Fazura ketika itu membalas komen individu itu dengan berkata yang semuanya berada di rumah dan mereka memilih menjalani hidup secara lebih privasi dan tertutup.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fazura | Oh Bulan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved