Rupanya Ini Situasi Yang Tak Perlu Seseorang Jawab Salam [Video]

2 Jul 2025 • 1:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali berjumpa atau berkunjung ke rumah kenalan mahupun keluarga perkara pertama yang akan kita lakukan adalah memberi salam.

Ini kerana memberi salam sesama saudara Islam merupakan sunat kifayah namun menjawabnya pula adalah fardu ain jika yang memberi salam itu berseorangan.

Akan tetapi ia akan menjadi fardhu kifayah sekiranya yang memberi salam itu ramai.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa situasi yang tidak memerlukan sesorang itu perlu menjawab salam yang diberi meskipun hukum asalnya adalah wajib.

Terdapat beberapa situasi tidak memerlukan seseorang menjawab salam

Baru-baru ini, akaun Masjid Bandar Seri Putra di TikTok turut menjelaskan mengenai beberapa situasi yang tidak memerlukan seseorang untuk menjawab salam.

Menerusi video yang dikongsikan akaun masjid berkenaan menunjukkan Point Of View (POV) mengenai situasi tak perlu menjawab salam.

Antara situasi seseorang tidak perlu menjawab salam adalah ketika sedang menunaikan solat atau membaca al-Quran.

Tak perlu jawab salam ketika sedang makan

Selain itu adalah ketika berada di dalam tandas. Sekiranya ada individu yang memberi salam sewaktu berada di dalam tandas anda tidak perlu untuk menjawabnya.

Bukan hanya itu, antara situasi lain yang tidak perlu menjawab salam adalah ketika sedang mengunyah makanan dan sewaktu menerima salam yang ‘tiada makna’.

@masjidbspofficial Jom saling “bersedekah” dengan amalan memberi Salam! Btw kalau korang nak lebih banyak pahala sedekah, klik link di Tiktok @GlobalNour untuk membantu saudar Islam kita yang hidup daif di Afrika😔. #jawabsalam #sedekah #masjidbandarseriputra #pahala ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Memetik laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, turut menjelaskan mengenai perkara sama.

Menurutnya para fuqaha’ membahagikan kepada beberapa perkara antaranya:

  • Jika seorang sedang membaca al-Quran dan terdapat seseorang memberi salam, maka cukup sekadar menjawab salam dengan beri isyarat kepadanya. Turut dibolehkan untuk menjawab dengan lafaz salam lalu menyambung semula dengan bacaan istia’zah serta meneruskan bacaan al-Quran.
  • Seseorang tidak dibenarkan memberi salam kepada seseorang yang sedang makan dan didalam mulutnya masih terdapat makanan. Namun jika tiada sebarang halangan tidak menjadi masalah sekiranya ingin menjawabnya.
  • Memberi salam kepada seseorang yang berada di dalam tandas dan sedang tidur adalah makruh hukumnya dan ia tidak wajib menjawabnya.

Salam diberikan lelaki ajnabi dan perempuan tak perlu jawab salam

Menurut laporan Media Permata yang memetik Mufti Kerajaan Brunei, antara salam yang tidak perlu dijawab adalah antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai sebarang kaitan mahram mahupun perkahwinan.

Ini kerana jika terdapat situasi yang boleh menimbulkan fitnah ucapan salam daripada lelaki ajnabi kepada perempuan atau sebaliknya sehingga boleh mendatangkan kegairahan adalah tidak wajib dijawab.

Malah haram untuk seorang perempuan menjawab salam lelaki ajnabi jika berlaku situasi seperti itu.

Source: