Russia hanya henti serangan ketika pilihan raya Ukraine

WorldPolitics
14 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Russia hanya henti serangan ketika pilihan raya Ukraine

MOSCOW: Russia hanya bersedia menghentikan serangan ke atas Ukraine pada hari pilihan raya presiden, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kelmarin.

Kenyataan itu menyusul tuntutan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya gencatan senjata menyeluruh selama 60 hari dilaksanakan bagi membolehkan negara itu mengadakan persiapan pilihan raya, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, sudah tiba masanya Zelensky digantikan.

Peskov berkata, permintaan Kyiv itu tidak banyak berkaitan dengan pilihan raya, sebaliknya bertujuan mendapatkan masa yang diperlukan tentera Ukraine untuk mengumpulkan senjata dan menyusun semula kekuatan pasukan perang mereka.

“Jika Kyiv benar-benar mahu mengadakan pilihan raya, Presiden Persekutuan Russia bersedia mengeluarkan arahan supaya serangan ke atas Ukraine dihentikan khusus pada hari pilihan raya.

“Mereka sebenarnya tidak mahu mengadakan pilihan raya di Kyiv dan perkara itu amat jelas. Mereka memerlukan gencatan senjata selama 60 hari bukan untuk mengadakan pilihan raya, tetapi untuk menyusun semula pasukan (tentera), pulih daripada kerugian dan meneruskan perang,” katanya.

Zelensky mengemukakan tuntutan itu dalam temu bual dengan ABC pada Ahad selepas Trump menuduhnya cuba menimbulkan masalah kepada dunia kerana tidak mempedulikan permintaan AS supaya Ukraine menghentikan serangan terhadap kilang penapisan minyak Russia yang didakwa menyumbang kepada kenaikan pantas harga bahan api global.

Zelensky membalas dengan berkata, jika Trump benar-benar mahukan perubahan, beliau sepatutnya memberitahu Putin dan memberikan Kyiv tempoh masa 60 hari tanpa serangan.

Russia menganggap Zelensky sebagai pemimpin yang tidak sah kerana tempoh jawatan presidennya tamat lebih dua tahun lalu dan beliau masih belum mengadakan pilihan raya baharu dengan alasan undang-undang tentera masih berkuat kuasa. – AGENSI

The post Russia hanya henti serangan ketika pilihan raya Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved