Rusuhan Di Indonesia Meruncing, 3 Maut Selepas Penunjuk Perasaan Bakar Dewan Rakyat

WorldPolitics
30 Aug 2025 • 2:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Indonesia dikejutkan dengan insiden rusuhan besar di Makassar, apabila bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dibakar penunjuk perasaan. Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa serta mencederakan lima orang, menurut laporan CNBC.

Rusuhan tercetus sekitar jam 10.45 malam waktu tempatan, ketika dewan sedang mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri beberapa ahli dewan serta Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin.

image is not available

Pemangku Ketua BPBD Makassar, M. Fadhli Tahar, mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi maut di lokasi. Lima yang cedera kini dirawat secara intensif di hospital berhampiran.

Protes itu dipercayai tercetus selepas kematian seorang penunggang teksi motosikal, Affan Kurniawan, yang didakwa dilanggar kenderaan taktikal polis sehari sebelumnya.

Selain membakar bangunan DPRD, penunjuk perasaan turut merosakkan pos polis dan membakar beberapa kenderaan awam, sekali gus mencetuskan suasana panik di kawasan berkenaan.

image is not available 2025-03-05 14:46:45

Dituduh Di Mahkamah, Ammar Nazhan & Rakan Tak Mengaku Salah Terbabit Pergaduhan Di Restoran