Rusuhan di Masjid Besar Baiturrahman, polis tembak gas pemedih mata

WorldPolitics
15 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rusuhan di Masjid Besar Baiturrahman, polis tembak gas pemedih mata

JAKARTA – Polis dan masyarakat setempat yang menghadiri majlis zikir dan doa bersama sempena Hari Damai Aceh ke-21  bertempur dalam insiden rusuhan di hadapan Masjid Besar Baiturrahman, Kota Banda Aceh, hari ini, lapor agensi berita rasmi Antara.

Insiden bermula apabila seorang individu memanjat tiang bendera di halaman Masjid Raya Baiturrahman serta menurunkan bendera merah putih dan menggantikannya dengan bendera bulan bintang. 

Kendengaran laungan orang ramai setelah bendera tersebut berkibar.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi beberapa das tembakan. Orang ramai bergerak ke arah pasukan polis dan membaling batu.

Tindakan polis untuk cuba menenangkan dan meminta orang ramai bersurai juga tidak diendahkan dengan penduduk terus membaling batu.

Pasukan polis kemudian menembak meriam air, namun masih gagal menyuraikan mereka. Rusuhan hanya reda apabila gas pemedih mata dilepaskan.

Sebelum itu, orang ramai mengikuti zikir dan doa bersama. Semasa majlis berlangsung, sekumpulan individu dilihat  mengibarkan bendera bulan bintang berbagai ukuran di pintu pagar Masjid Besar  Baiturrahman.

Peserta majlis itu yang dikenali sebagai M Jamil berkata, dia hadir ke masjid atas undangan dalam kalangan ulama untuk mendoakan masyarakat Aceh adil dan makmur.

“Kami mengikuti ajakan ulama untuk berdoa dan zikir bersama mendoakan perdamaian Aceh serta masyarakatnya adil dan makmur. Pengibaran bendera bulan bintang bentuk syukur kami,” kata M Jamil. – AGENSI 

 

The post Rusuhan di Masjid Besar Baiturrahman, polis tembak gas pemedih mata appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved