‘RUU e-dagang akan dimuktamad pada sidang Parlimen akan datang’

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 5:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘RUU e-dagang akan dimuktamad pada sidang Parlimen akan datang’

BATU KAWAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap dapat memuktamadkan proses pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan e-dagang pada sidang Parlimen akan datang.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, secara dasarnya, draf Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai perkara itu telah dibawa ke Kabinet dan diluluskan.

Bagaimanapun, beliau berkata, RUU berhubung e-dagang sebenarnya adalah cukup komprehensif dan meluas serta memerlukan sesi libat urus yang banyak sebelum pindaan boleh dibuat.

“Dalam hal ini, pemegang taruh merupakan salah satu segmen yang berkembang dengan cepat. Jadi, kita kena betul-betul teliti. Apapun, saya sangat berharap agar ia dapat dimuktamadkan.

“Sekarang, kita tengah bincang di peringkat kementerian-kementerian yang terlibat sebab matlamat kita ialah untuk memansuhkan Akta Perdagangan Elektronik sedia ada dengan menggantikan dengan satu akta baharu,” katanya kepada pemberita semasa majlis penutup Festival Pengguna (Confest) di pekarangan Stadium Batu Kawan di sini, hari ini.

Bulan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyegerakan proses pindaan RUU berkenaan bagi memastikan ekosistem perniagaan digital negara lebih selamat, teratur dan kondusif.-UTUSAN

The post ‘RUU e-dagang akan dimuktamad pada sidang Parlimen akan datang’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved