Pembahagian kerusi jadi cabaran kerjasama UMNO-Pas

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 11:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembahagian kerusi jadi cabaran kerjasama UMNO-Pas

PETALING JAYA: Pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka menjadi antara isu utama yang perlu diselesaikan sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu termasuk pembahagian kerusi di negeri-negeri yang ditadbir Pas termasuk negeri dalam SG4, selain negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) seperti Pahang.

Katanya, kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas berdasarkan formula yang pernah digunakan di Negeri Sembilan masih terbuka, namun banyak perkara berkaitan kerjasama itu belum diputuskan.

“Isu pembahagian kerusi menjadi perkara penting sekiranya kerjasama antara UMNO dan Pas direalisasikan.

“Situasi di Melaka misalnya menunjukkan cabaran dalam pembahagian kerusi apabila pendirian asas BN adalah untuk bertanding di semua 21 kerusi DUN atau tiada langsung,” katanya dalam episod terbaharu audio siar (podcast) ‘Keluar Sekejap’.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, pendirian asas BN di Melaka berhubung pembahagian kerusi dilihat memberi ruang yang terhad kepada Pas.

Katanya, hasil kerjasama antara UMNO dan Pas bergantung kepada keupayaan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara yang masih belum diputuskan terutama berkaitan pembahagian kerusi serta terma kerjasama.

“Perkara berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sekiranya kedua-dua parti mahu merealisasikan bentuk kerjasama yang sedang dipertimbangkan,” katanya. – UTUSAN

The post Pembahagian kerusi jadi cabaran kerjasama UMNO-Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved