RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan pertama, turun had umur anak

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 2:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan pertama, turun had umur anak
Shamsul Anuar pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Khamis yang antara lain bertujuan menurunkan had umur anak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, RUU itu dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang disiarkan di portal Parlimen, cadangan pindaan itu bertujuan meminda Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) yang antara lain meminda Seksyen 2 Akta 257 berhubung takrif 'anak' dengan menurunkan had usia daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Langkah itu selaras dengan had umur bagi permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 (Akta A1752), menurut RUU itu.

Selain itu, ia juga selari dengan usia melayakkan diri untuk mengundi di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan, takrif kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), serta umur dewasa di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21). - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved