Sime Darby Property raih kedudukan pertama Anugerah Pemaju Hartanah Malaysia 2026

Business & Finance
15 Oct 2026 • 5:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sime Darby Property raih kedudukan pertama Anugerah Pemaju Hartanah Malaysia 2026

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad meraih kedudukan pertama dalam kategori permodalan pasaran RM1 bilion dan ke atas pada Anugerah Pemaju Hartanah Malaysia (MDA) 2026.

Pencapaian itu turut menandakan tahun kelima berturut-turut kumpulan berkenaan berada dalam kelompok 10 pemaju hartanah terbaik bagi kategori sama.

Selain itu, Sime Darby Property turut menerima pengiktirafan dalam kategori Best in Qualitative, sekali gus meraih pengiktirafan dalam dua kategori pada anugerah tahun ini.

Sime Darby Property berkata, pencapaian tersebut mencerminkan prestasi berterusan kumpulan serta tumpuannya terhadap Pemajuan hartanah berkualiti, inovasi dan kelestarian.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, kedudukan pertama itu merupakan pengiktirafan terhadap kemajuan yang dicapai kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, kejayaan mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 pemaju terbaik selama lima tahun berturut-turut, selain meraih kedudukan teratas tahun ini, mencerminkan strategi kumpulan, disiplin pelaksanaan serta komitmen warga kerjanya.

“Pengiktirafan dalam kategori Best in Qualitative turut mengukuhkan komitmen kami untuk menghasilkan Pemajuan berkualiti yang memberikan nilai jangka panjang kepada pelanggan, komuniti dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam gala MDA 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), pada 14 Oktober lalu.

Azmir berkata, kepimpinan dalam sektor Pemajuan hartanah bukan sahaja diukur berdasarkan skala operasi, malah keupayaan membangunkan kawasan yang menghubungkan masyarakat, menyokong pertumbuhan ekonomi dan memelihara alam sekitar.

MDA yang diperkenalkan pada 2022 dianjurkan bersama oleh Star Media Group dan FIABCI Malaysian Chapter.

Anugerah berkenaan menilai pemaju hartanah berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kedudukan kewangan, prestasi korporat, kualiti projek, kelestarian dan inovasi. – UTUSAN

 

The post Sime Darby Property raih kedudukan pertama Anugerah Pemaju Hartanah Malaysia 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved