RUU Seksual Kanak-Kanak: Pemakaian Akta 792 kini melangkaui sempadan

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 12:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: RUU Seksual Kanak-Kanak: Pemakaian Akta 792 kini melangkaui sempadan

KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat kini membuka lembaran baharu dalam perlindungan kanak-kanak apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 dibentangkan semalam, memperluas pemakaian Akta 792 ke luar sempadan negara.

Menurut naskhah RUU yang dimuat naik di portal Parlimen, pindaan seksyen 3 akta itu menetapkan bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh disabitkan walaupun dilakukan di luar Malaysia — asalkan mangsa ialah warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.

Lebih tegas, akta ini juga terpakai jika pelaku sendiri merupakan rakyat Malaysia atau pemastautin tetap, meskipun kesalahan dilakukan di luar negara.

“Penggantian seksyen 3 bertujuan meluaskan pemakaian luar wilayah Akta 792 bagi kesalahan terhadap kanak-kanak, sama ada mangsa atau pelaku mempunyai kaitan dengan Malaysia,” menurut naskhah RUU itu.

RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, untuk bacaan kali pertama.

Bacaan kedua dijadualkan berlangsung dalam persidangan kali ini.

Langkah ini dijangka memperkukuh jaringan perlindungan kanak-kanak Malaysia daripada jenayah seksual, tanpa mengira lokasi kejadian. - 24 Jun, 2026

The post RUU Seksual Kanak-Kanak: Pemakaian Akta 792 kini melangkaui sempadan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved