RXZ Members 8.0 Pecah Rekod, Lebih 200,000 Peminat Motosikal Berhimpun

2 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017.

Jumlah kehadiran atasi tahun lalu

Memetik laporan daripada Berita Harian, Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali menyatakan jumlah kehadiran itu berjaya mengatasi rekod 160,000 peserta yang dicatatkan pada penganjuran tahun lalu meskipun program berlangsung serentak dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila sambutan yang diterima amat luar biasa dengan lebih 200,000 peminat motosikal Yamaha RXZ hadir memeriahkan program ini.
“Jumlah itu sekali gus menjadikan RXZ Members 8.0 sebagai edisi terbesar pernah dianjurkan sejak program ini diperkenalkan,” katanya.

Image from: RXZ Members 8.0 Pecah Rekod, Lebih 200,000 Peminat Motosikal Berhimpun

Tarik komuniti dari beberapa negara jiran

Menurut beliau, himpunan kali ini bukan sahaja disertai peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara, malah turut menarik penyertaan komuniti permotoran dari beberapa negara jiran.

Katanya, kehadiran peserta antarabangsa membuktikan jenama RXZ Members semakin dikenali di peringkat serantau, selain menarik kehadiran pemilik motosikal pelbagai jenama dan model.

“Ramai yang datang bukan semata-mata membawa RXZ. Pengguna motosikal jenama dan model lain juga hadir untuk merasai kemeriahan program, bertemu rakan-rakan serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
“Faktor itu antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah peserta pada edisi kali ini sehingga melepasi sasaran kami,” katanya.
Image from: RXZ Members 8.0 Pecah Rekod, Lebih 200,000 Peminat Motosikal Berhimpun

Foto: FB RXZ Members

Program RXZ Members 8.0 berlangsung selama tiga hari di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran motosikal, jualan produk, cabutan bertuah dan program santai yang menghimpunkan komuniti permotoran dari dalam serta luar negara.

Sumber: Berita Harian (Zaid Salim)

The post RXZ Members 8.0 Pecah Rekod, Lebih 200,000 Peminat Motosikal Berhimpun appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved