Sabah akan dapatkan kedudukan tepat dalam pelaburan RM170 billion: Phoong

Politics
7 Apr 2023 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan akan berusaha untuk mendapatkan kedudukan tepat Sabah dalam pelaburan RM170 bilion yang diumumkan baru-baru ini dari China.

Menterinya Phoong Jin Zhe berkata, Kerajaan Negeri masih belum menerima maklumat atau butiran jelas berhubung pelaburan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan lawatannya ke China baru-baru ini.

Walaupun mungkin tidak jelas, beliau berkata Kerajaan Negeri tidak akan berdiam diri sebaliknya akan menjalankan kerja susulan untuk menentukan kedudukan tepat Sabah dalam pelaburan masa depan.