Sabah catat kes penyelewengan minyak masak tertinggi

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2026 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sabah catat kes penyelewengan minyak masak tertinggi
Minyak masak bersubsidi yang dirampas KPDN dalam operasi baru-baru ini.
Image from: Sabah catat kes penyelewengan minyak masak tertinggi
Penguat kuasa KPDN memeriksa lokasi serbuan.
Image from: Sabah catat kes penyelewengan minyak masak tertinggi
Minyak masak peket bersubsidi dirampas dalam serbuan di dua stor di Shah Alam dalam serbuan baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6.4 tan minyak masak peket bersubsidi dirampas dalam serbuan di dua stor di Shah Alam, Selangor yang membongkar kegiatan sindiket dipercayai menyalahgunakan barang kawalan itu bagi mengaut keuntungan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam memaklumkan, operasi menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu dijalankan di sebuah stor di Bandar Pinggiran Subang dan sebuah lagi di Jalan Bakti, Shah Alam yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan minyak masak peket bersubsidi.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui sejumlah besar minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai disimpan bagi tujuan dipotong daripada bungkusan asal sebelum dijual kepada pemborong minyak masak terpakai.

"Modus operandi ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dengan menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, siasatan awal turut mendapati pengendali premis gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen sah berkaitan aktiviti penyimpanan dan urus niaga barang kawalan berjadual.

**media[3584937]**

Azman berkata, dalam menjalankan kuasa di bawah Seksyen 10(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], pasukan serbuan telah menyita pelbagai barangan termasuk kira-kira 6,426 kilogram minyak masak peket bersubsidi, 13 unit tangki IBC, empat tangki simpanan, enam tong dram, tiga pam elektrik dan corong, hos penyambung, sebuah lori rigid, peralatan memotong bungkusan minyak masak, kotak pembungkusan serta beberapa unit telefon bimbit.

"Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM129,874.50," jelasnya.

Tambahnya, pasukan serbuan turut menahan enam individu berumur 30-an bagi membantu siasatan, melibatkan seorang lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] yang dibaca bersama Peraturan 3(1), PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen sah daripada Pengawal Bekalan.

Siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan individu atau syarikat lain yang mempunyai kaitan dengan kegiatan ini.

Beliau berkata, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama atau RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat pula, denda boleh mencecah sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," katanya.

**media[3584938]**

Ujar Azman, sejak Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dilancarkan pada 16 Mac lalu, sebanyak 137 kes penyelewengan minyak masak berjaya ditumpaskan membabitkan rampasan 165,568 kilogram minyak masak bernilai RM615,936.02.

Menurutnya, Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 36 kes dengan nilai rampasan RM72,265.46, manakala KPDN Putrajaya mencatatkan kuantiti rampasan terbesar sebanyak 55,445 kilogram menerusi empat kes.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi supaya menyalurkan aduan kepada KPDN bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved