Sabah jadi hab serantau dadah: Pulau-pulau di pantai timur tempat transit amat sesuai

LocalPolitics
15 Jan 2025 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Agust Dean

PAPAR: Sindiket pengedaran dadah menjadikan Sabah sebagai lokasi transit yang strategik berikutan kedudukan Sabah yang bersempadan dengan negara-negara jiran.

Kawasan titik panas (hotspot) yang dikenal pasti kebanyakannya di pulau-pulau yang berada di sekitar Tawau, Sandakan dan Semporna.

AdvertisementPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, permintaan tinggi dengan harga dadah jenis syabu boleh mencecah RM450,000 sekilogram di negara jiran, mendorong sindiket cuba membawa masuk dadah melalui Sabah.

“Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia ini hanya sebagai lokasi transit, bukan pengeluar. Begitu juga Sabah yang sering dijadikan pusat transit sindiket pengedaran dadah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kalau kita lihat di Malaysia, sekilogram syabu dianggarkan RM33,000 hingga RM35,000, tetapi apabila pergi ke negara jiran, ia boleh meningkat sehingga RM450,000 sebab permintaan yang tinggi.

“Dengan harga yang begitu lumayan, kebanyakan sindiket akan cuba melalui sini dan membawanya ke negara seberang melalui jalan laut. Tetapi ada juga untuk keperluan pasaran tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JSJN bersama Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di PGA Kinarut, di sini pada Selasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Khaw menjelaskan bahawa lokasi strategik Sabah dalam segitiga antara Malaysia, Filipina dan Indonesia menyebabkan sindiket lebih berminat untuk beroperasi di Sabah sebelum membawa dadah ke negara seberang.

Dalam konteks Malaysia, dadah dibawa masuk ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier melalui laut atau udara dari Semenanjung Malaysia dan kemudian dari Sabah dihantar ke negara jiran.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Justeru, katanya, tindakan-tindakan sedang dirancang bagi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Sabah.

Kata beliau, lokasi panas di kawasan pulau-pulau yang menjadi laluan sindiket-sindiket juga telah dikenal pasti dan perancangan sedang dilakukan bersama agensi lain, termasuk bantuan daripada Pasukan Gerakan Udaran (PGU) dalam penggunaan dron.

Bagaimanapun, perancangan secara terperinci tidak boleh disebutkan kerana dikhuatiri akan membolehkan sindiket mengelak daripada tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.

Katanya lagi, sekiranya ada pegawai-pegawai PDRM yang terlibat dengan sindiket, tindakan tegas akan diambil.

“Kita tidak akan kompromi terhadap mana-mana orang termasuk pegawai yang terlibat sama dengan sindiket. Kita tidak akan bersekongkong, malah kita ambil tindakan tegas sekiranya mereka terlibat.

“Tiada layanan dwistandard terhadap pegawai, semuanya berdepan tindakan sama kalau ada anggota terlibat,” katanya.