
SABAH Electricity (SE) mengalihkan beberapa kabel yang berada dekat dengan salah satu bangunan di dalam kawasan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Beaufort, dan kini sedang merancang untuk melakukan perkara sama terhadap kabel lain yang tergantung rendah di luar pintu masuk sebuah rumah di Kg Likas.
Langkah ini diambil susulan maklum balas tentang bahaya yang ditimbulkan oleh kabel talian atas di kedua-dua lokasi terbabit.
AdvertisementSuami kepada seorang pesakit di Klinik bimbang kakitangan dan orang awam mungkin berdepan bahaya jika bangunan itu terbakar akibat percikan api dari kabel elektrik yang berjuntaian di atas sebahagian bumbung. KABEL hitam tebal tersangkut pada bumbung bangunan ini di dalam perkarangan Klinik.
Sementara itu, seorang pemilik rumah di Jalan Pasir bercakap tentang kemungkinan dia dan ahli keluarganya berisiko terkena renjatan elektrik sekiranya mereka secara tidak sengaja bersentuhan dengan kabel yang tergantung rendah berhampiran pintu pagar rumahnya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kedua-dua individu ini memberikan butiran berkaitan mengenai masalah itu kepada Hotline, yang kemudiannya dikemukakan kepada syarikat berkenaan.
Jurucakap SE berkata salah seorang kontraktor syarikat sudah pun menangani kabel talian atas berhampiran Klinik sejurus mengetahui kebimbangan penduduk itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami tidak dapat mengalihkan kabel itu lebih jauh daripada bangunan kerana kekangan ruang antara premis dan landasan kereta api berhampiran,” katanya.
“Jadi, sebaliknya kabel terbabit dinaikkan lebih tinggi daripada bumbung.”
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, kerja menaikkan kabel ini mengambil masa dua hari.
“Sebuah tiang baharu dipasang untuk menyokong kabel talian atas tersebut. Mesin-mesin yang diperlukan juga digunakan untuk memudahkan usaha ini.”
Tambahnya, kakitangannya akan memantau situasi di kawasan Klinik secara berkala demi keselamatan orang ramai, termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak kecil yang sering mengunjungi institusi perubatan itu. SEORANG juruteknik SE sedang memeriksa kabel talian atas selepas ia dialihkan ke kedudukan baharu.
Mengenai kabel di Kg Likas, seorang lagi jurucakap SE berkata, kakitangan syarikat datang pergi ke Jalan Pasir beberapa hari selepas dihubungi media.
“Mereka mengesahkan kehadiran kabel voltan rendah yang tergantung merentasi ruang udara di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan,” katanya.
“Bekalan elektrik ke kawasan itu perlu diputuskan buat sementara waktu untuk membolehkan kami menyelesaikan masalah ini. Kami sedang menentukan masa yang sesuai untuk melaksanakan penutupan bekalan elektrik yang dijadualkan ini.
“Buat masa ini, kakitangan kami telah diminta untuk memantau keadaan dari semasa ke semasa.”
NIKKO dari Beaufort berkata, dia kerap membawa isterinya dan anak kecil mereka ke Klinik untuk pemeriksaan.
“Isteri saya hamil sekali lagi,” katanya. “Semasa lawatan baru-baru ini, saya perasan terdapat kabel hitam tebal yang tersangkut pada bahagian bumbung salah satu bangunan di kawasan tersebut.”
Dia merasakan kedudukan kabel elektrik itu tidak baik untuk keselamatan doktor, jururawat dan pesakit yang mengunjungi premis berkenaa.
“Percikan api boleh menyebabkan bangunan terbakar dengan mudah.” PEKERJA kontraktor bertungkus lumus mendirikan tiang baharu berhampiran Klinik.
Nikko mengakui bimbang dengan situasi ini, terutamanya semasa hujan atau angin kencang.
“Kabel ini boleh putus pada bila-bila masa. Sesiapa yang berdekatan berisiko terkena renjatan elektrik.”
YOSEFF dari Likas beranggapan kabel talian atas di hadapan rumahnya mungkin kabel milik TM.
“Kabel itu menghalang akses ke rumah saya,” katanya. “Saya bimbang orang yang tidak sedar akan bahaya ini mungkin cedera jika mereka menarik kabel udara tersebut.”
“Saya mengesyaki tiang yang menyokong kabel itu tidak lagi tegak akibat tiupan angin kencang.”
Katanya, dia sudah beberapa kali menyampaikan kebimbangannya kepada kakitangan TM. Namun, sehingga akhir bulan lalu, Yoseff menyatakan masalah itu masih belum diselesaikan.
TM sudah dimaklumkan mengenai pemerhatian pemilik rumah berkenaan.
Jurucakap syarikat itu berkata mereka tidak dapat campur tangan dalam perkara ini kerana pepasangan tersebut bukan milik syarikat.




