Sabah mampu pertahan kejuaraan MSSM: Raisin

8 Jul 2025 • 11:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Johan Aziz

TAMBUNAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Raisin Saidin percaya Sabah mampu mengekalkan kegemilangan tahun lalu apabila negeri ini muncul juara keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali Ke-64.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada prestasi atlet yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Kali Ke-57, di mana banyak rekod baharu berjaya dicipta pada kejohanan tahun ini.

“Saya dimaklumkan sebanyak 47 rekod baharu berjaya dicipta dalam 29 acara balapan dan padang yang dipertandingkan sepanjang empat hari kejohanan ini,” katanya ketika menutup Kejohanan Olahraga MSSS Kali Ke-57 yang berlangsung di Kompleks Sukan di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, pencapaian ini sangat membanggakan kerana Sabah semakin menyerlah di persada sukan kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau berkata kejohanan itu selari dengan hasrat dan tujuan MSSS untuk mencungkil bakat serta potensi atlet mewakili Sabah ke Kejohanan MSSM 2025 dan berharap atlet yang mewakili negeri ini dapat memberikan komitmen serta berusaha meraih pingat demi negeri tercinta, “Negeri Di Bawah Bayu”.

Raisin berkata kejohanan seumpama ini juga menjadi platform untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan murid dan atlet yang menyertainya, di mana mereka perlu menjalani latihan sukan yang melibatkan latihan fizikal, persediaan mental serta kerohanian.

“Pendedahan sebegini perlu dilaksanakan secara berterusan agar kesannya dapat dicapai dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup selain melahirkan atlet yang berpotensi dan hebat.

“Sesungguhnya, akal yang sihat datang daripada badan yang sihat. Kata-kata ini membuktikan betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang akhirnya dapat menyelaraskan setiap perjalanan kehidupan seseorang, selari dengan tema MSS Sabah 2025 iaitu ‘Sukan Membina Sahsiah, Membentuk Masa Depan’,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah atas segala usaha yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan kejohanan olahraga tahun ini.

Penganjuran kejohanan ini memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi daripada semua pihak bagi memastikan kelancaran kejohanan.

Pada majlis itu, Raisin turut menyempurnakan penyerahan bendera kejohanan kepada Ranau yang akan menjadi tuan rumah pada 2026, dan disambut meriah oleh anggota kontinjen Ranau.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Dr. Haison Jahudin; Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah Muddin Beting, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah Datu Asrah bin Datok Ambas, Pegawai Daerah Sobitun Makajil, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, pengetua dan guru besar, guru-guru serta ibu bapa.