Sabah-MoF bincang penambahbaikan subsidi diesel

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sabah-MoF bincang penambahbaikan subsidi diesel
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri sedang mengadakan libat urus dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan yang berkaitan bagi mempertimbangkan mekanisme penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar di Sabah yang mula berkuat kuasa bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat susulan antara agensi-agensi Kerajaan begeri dengan MoF dan agensi Persekutuan berkaitan berhubung perkara itu akan diadakan pada 17 Julai ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

"Peluasan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah yang bermula pada 1 Julai lalu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hajiji berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

"Sehubungan itu, MoF dan agensi kerajaan yang berkaitan telah diarahkan supaya memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan yang

terkesan," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved