Sabah muncul naib juara

26 Aug 2025 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah menamatkan saingan sebagai naib juara dalam Kejohanan Sirkit Renang Para Kebangsaan Allianz-MSN-Prepma 2 2025 yang berlangsung di Pusat Akuatik Negeri Kedah, Alor Setar dan berakhir pada Isnin.

Kontinjen negeri yang dibarisi lapan atlet lelaki dan empat atlet wanita membawa pulang 32 pingat emas, 10 perak dan tujuh gangsa untuk menduduki tempat kedua di belakang Selangor yang meraih 34 emas, 22 perak dan 15 gangsa.

Tempat ketiga pula menjadi milik Kuala Lumpur dengan 29 emas, 13 perak dan lapan gangsa.

Wahyu Eqwal muncul wira pasukan negeri selepas meraih tujuh pingat emas dalam acara 100m Gaya Bebas Lelaki S5, 200m Medley Individu (IM) Lelaki SM5, 50m Kuak Lentang Lelaki S5, 200m Gaya Bebas Lelaki S4-S5, 50m Gaya Bebas Lelaki S5, 50m Gaya Kupu-kupu Lelaki S5 dan 100m Kuak Lentang Lelaki S6.

Chia Faang Jann turut menyumbang enam emas menerusi acara 100m Gaya Bebas Lelaki S4, 50m Kuak Dada Lelaki SB6, 50m Kuak Lentang Lelaki S4, 100m Kuak Dada Lelaki SB4, 150m IM Lelaki SM4 dan 50m Gaya bebas Lelaki S1-S4.

Pemenang emas lain ialah Sharlinie Valerie Voo (100m Gaya Bebas Wanita S6, 50m Kuak Lentang Wanita S6, 200m Gaya Bebas Wanita S6, 100m Kuak Lentang Wanita S6, 50m Gaya Bebas Wanita S6); Ethan Khoo (100m Gaya Bebas Lelaki S14, 200m Medley Individu (IM) Lelaki SM14, 200m Gaya Bebas Lelaki S14, 100m Kuak Lentang Lelaki S14, 400m Gaya Bebas Lelaki S14); Shahafiq Abdullah (50m Kuak Dada Lelaki SB6, 200m Gaya Bebas Lelaki S8, 100m Kuak Dada Lelaki SB7, 400m Gaya Bebas Lelaki S8); Nur Izza Hadirah (200m Medley Individu (IM) Wanita SM10, 50m Kuak Lentang Wanita S10, 100m Kuak Lentang Wanita S10, 50m Gaya Bebas Wanita S10) dan Chen Zai Sheng (50m Kuak Lentang Lelaki S12-S13).

Pingat perak pula disumbangkan oleh Chen Zai Sheng (200m Gaya Bebas Lelaki S12-S13, 50m Kuak Dada Lelaki SB13, 100m Kuak Dada Lelaki SB12), Nur Izza Hadirah (100m Gaya Bebas Wanita S10, 200m Gaya Bebas Wanita S10), Nursuhailah Rudi (50m Kuak Dada Wanita SB14), Jonathan Wong (50m Kuak Lentang Lelaki S4, 100m Kuak Dada Lelaki SB4), Sitti Khairunisa (100m Kuak Lentang Wanita S14) dan pasukan 4x100m Gaya Bebas Berganti-ganti Campuran.

Manakala pingat gangsa pula disumbangkan oleh Jonathan Wong (50m Gaya Bebas Lelaki S5), Chen Zai Sheng (100m Gaya Bebas Lelaki S12, 50m Butterfly Lelaki S12), Chia Faang Jann (200m Gaya Bebas Lelaki S4-S5, 100m Kuak Lentang Lelaki S6), Nur Suhailah Rudi (100m Kuak Dada Wanita SB14) dan Wahyu Eqwal (100m gaya Kupu-Kupu Lelaki S5-S8).

Sementara itu, Abdul Halim Mohamad dan Brenda Anellia Larry tidak bersama skuad kali ini kerana sedang membuat persiapan untuk Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Singapura pada 21-27 September.