Sabah perlu ada syarikat penerbangan sendiri

4 May 2023 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri perlu mencontohi langkah Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri sebagai salah satu cabang baharu ekonomi wilayah Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, cadangan itu wajar menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan Sabah kerana ia menjanjikan pelaburan berpotensi.

“Sudah tiba masanya kita menerokai industri ‘aero penerbangan’ sendiri sebagai pelaburan jangka panjang kerajaan Sabah.

“Aero penerbangan Sabah perlu diwujudkan supaya rakyat Sabah mendapat menfaat selain menyumbang kepada pembangunan domestik,” katanya.

SPONSORED CONTENT Gamuda: Town-making success Kota Kinabalu: Gamuda Land announced the grand launch of Curve25, a new doorstep convenient township within the prestigious Bukit Bantayan Residences to be officiated by State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Phoong Jin Tze. Read more Masiung berkata, rakyat Sabah dan Sarawak selalu menjadi “mangsa buli” syarikat penerbangan nasional sedia ada apabila tiba musim perayaan.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, syarikat penerbangan sekarang akan mengambil kesempatan meraih keuntungan berlipat ganda dengan menaikkan harga tiket sehingga 500 peratus kepada rakyat Sabah apabila menjelang hari perayaan.

“Saya kesal kerana warga Sabah dan Sarawak terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja rendah di Semenanjung yang terpaksa memerah keringat bagi membeli tiket untuk pulang ke wilayah Borneo.

“Sedangkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM93 juta sebagai subsidi tol kepada rakyat di Semenanjung selama empat hari pada perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Warga Sabah dan Sarawak selalu dipandang sebelah mata dalam agihan subsidi walaupun kedua-dua wilayah ini menjadi penyumbang terbesar hasil ekonomi negara.”

Beliau turut menggesa Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melihat keseimbangan rakyat Semenanjung dan Wilayah Borneo untuk mendapat subsidi sama rata.

Menurut Masiung, sepatutnya rakyat Sabah dan Sarawak tidak terkecuali menikmati subsidi untuk mengurangkan harga tiket penerbangan ke wilayah Borneo menjelang Aidilfitri lalu.

Menurutnya, beliau akan menyuarakan cadangan supaya Kerajaan Sabah menubuhkan syarikat penerbangan sendiri menjelang sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 hingga 25 Mei depan.

Beliau yakin, kerajaan Sabah mampu melaksanakan cadangan baharu itu kerana ia dianggap penting dalam membantu rakyat Sabah, pegawai kerajaan dan pemimpin Sabah untuk berulang-alik antara Semenanjung dan Sabah dengan harga tiket berpatutan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.