Sabah peruntuk RM50.9 juta kekal pengecualian surcaj ICPT

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM50.9 juta bagi mengekalkan pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) dari 1 Jan hingga 30 Jun tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pengecualian ini melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,500 kilowatt jam (kWj) dan kurang; atau bil bulanan kira-kira RM677.

AdvertisementPengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah CM1 dan ID1, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga akan mendapat pengecualian berkenaan.

“Keputusan ini dibuat Kabinet Sabah awal bulan ini. Subsidi kepada Sabah Electricity dan pemegang lesen awam akan memberi manfaat kepada 693,834 pengguna atau 99 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna elektrik di Sabah.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Kerajaan negeri juga telah memohon subsidi bahan api berjumlah RM278 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan ini, yang diperlukan akibat peningkatan kos penjanaan tenaga disebabkan kenaikan harga bahan api yang dipengaruhi faktor global,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Kadar surcaj kekal pada 4.06 sen/kWj bagi pengguna domestik dengan penggunaan melebihi 1,500 kWj, serta bagi pengguna bukan domestik dengan keperluan voltan sederhana atau tinggi, dan juga lampu jalan awam. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});