Sabah terus menyerlah

3 Aug 2025 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Pemain boling Sabah mendominasi Kejohanan Boling Tenpin Sirkit Remaja SportExcel-NSC-Milo-MTBC (pusingan Sabah) 2025 yang berlangsung di KK Galaxy Bowl, Centrepoint Kota Kinabalu, Sabah pada 29-31 Julai.

Mereka memenangi keseluruhan empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dalam kejohanan tiga hari itu.

Dua daripada pingat emas disumbangkan oleh Mohd Danish Hakim dalam kategori Terbuka Lelaki dan Chole Ho Rui Zhi dalam kategori Terbuka Perempuan, yang turut memenangi hadiah jatuhan pin tertinggi dengan 267 mata.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dua lagi pemenang emas lain ialah Muhd Khairie Syazwan Mohd Shaharuddin (Lelaki B-12) dan Nur Zulaikha Balqis (Perempuan B-12).

Pingat perak diraih Muhammad Hafiz Saiful (Lelaki B-12), Lynette Ho Kang Ling (Perempuan Graded), Tristen Lee Yan Wai (Lelaki Graded), manakala gangsa Dayang Hasya Izz Zayani Abang Mohd Hafiff (Perempuan B-12), Miasara Adawiyah Saiful (Perempuan Graded).

Presiden Persatuan Boling Tenpin Sabah (STBA) Rozzainny Sham Talip mengucapkan tahniah kepada para atlet atas kejayaan pada kejohanan tersebut.

“Syabas kepada semua atlet yang berjaya mara ke pusingan akhir termasuk ada yang berjaya di pusingan stepladder.

“Kepada yang tidak berjaya, teruskan berlatih bersungguh-sungguh dan cuba lagi pada kejohanan akan datang,” katanya.

Rozzainny turut memberi penghargaan terhadap usaha gigih dan sokongan daripada pengurus dan jurulatih serta ibu bapa bagi memastikan kejayaan kontinjen Sabah.

Sementara itu, hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Sabah Valerie Wong dan Bong Kihow daripada Persatuan Boling Tenpin Amatur Sarawak (Abas).

Sabah sebelum ini turut merangkul empat emas dan dua gangsa dalam sirkit sebelumnya yang diadakan di Sarawak awal bulan lalu.