Sabah terus sokong usaha martabat bahasa ibunda

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 12:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Diana Liu

PUTATAN: Kerajaan Sabah akan terus menyokong usaha pelbagai pihak, termasuk persatuan etnik, untuk memartabatkan bahasa ibunda mereka sebagai cara memupuk perpaduan dan keterangkuman dalam masyarakat berbilang budaya di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ini termasuk usaha Persatuan Bahasa Etnik Sabah (SELA) dalam membangunkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Guru Bahasa Etnik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai anggota kepimpinan kerajaan, usaha ini amat dekat di hati saya,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kursus dan Bengkel Penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Etnik, di sini, Sabtu.

“Sebab itu, pada tahun lepas, kami memulakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berhubung pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik ini di sekolah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Dalam mesyuarat itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memantau dan mengkaji semua saranan dan pelaksanaan pembangunan bahasa etnik di Sabah iaitu Kadazan, Tatana, Lotud, dan Murut.

“Saya berharap sokongan daripada persatuan etnik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan serta kementerian saya sendiri melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR), akan dapat mengangkat martabat bahasa etnik,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ewon melahirkan harapan, dengan usaha berterusan dan sokongan daripada semua pihak, bahasa etnik masyarakat Sabah dapat berkembang di sekolah.

“Mudah-mudahan suatu hari nanti, sekolah-sekolah berkenaan akan menjadi platfom bahasa etnik berkembang dengan baik.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Negara kita adalah tentang kebersamaan iaitu kebersamaan wilayah-wilayah yang ada dalam negara ini dan kebersamaan etniknya iaitu Melayu, Cina, India dan etnik-etinik lain termasuk Tatana, Kadazan, Dusun, Lotud, Bajau.

“Kalau satu etnik ini mahu berpisah daripada kita, sudah tentu persekutuan dan negara ini sukar untuk ditadbir.

“Sebab itu, saya melihat kebersamaan ini sebagai justifikasi yang kuat untuk terus memastikan setiap etnik ada penghormatan daripada kerajaan dalam sektor pendidikan,” katanya.

Beliau juga menghargai usaha SELA, Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF), YBR, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) UMS, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Jabatan Pendidikan atas penganjuran kursus dan bengkel tersebut.

“Saya akan terus memberikan sokongan penuh kepada inisiatif pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik ini,” katanya.

Sementara itu, Ewon turut melancarkan SELA dan kamus berbilang bahasa (Inggeris-Melayu-Kadazandusun-Kadazan) terbitan YBR.