‘Sabahan Ni Memang Kelakar’, Ini Kompilasi Gelagat Penduduk Sabah Santuni Agong

5 Sep 2023 • 6:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Sabahan memang natural la, ndak pernah mengecewakan untuk rasa lucu” – netizen

‘Sabahan Ni Memang Kelakar’, Ini Kompilasi Gelagat Penduduk Sabah Santuni Agong. Siapa yang tak kenal dengan gaya dan personaliti unik warga Sabah, yang sentiasa memancarkan semangat keceriaan dan effortlessly lucu?

Jika anda belum berkesempatan untuk melihat video tersebut, berikut adalah sedikit kompilasi dari gelagat mereka semasa lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Borneo.

image is not available
‘Sabahan Ni Memang Kelakar’, Ini Kompilasi Gelagat Penduduk Sabah Santuni Agong

1. “Gungg, Gung Selfie Dulu Bah Gunggg!”

Semasa Agong sampai di Tawau, seorang warga Sabah tidak melepaskan peluang untuk ‘selfie’ bersama Agong. Dengan selamba dia berkata, “Gungg, Gung Selfie dulu bah Gunggg!”

2. “Datinnnnn…” / “Datokkkkkk….”

Sebuah video lain yang menjadi viral adalah seorang lelaki yang memanggil, “Datinnnnn….” dengan nada yang sangat istimewa semasa melihat Permaisuri di dalam kereta bersama Agong. Sampai Permaisuri sendiri tak boleh tahan gelak.

Ada juag diantara mereka yang tersasul memanggil Tuanku sebagai Agong kerana merasa sangat teruja melihat beliau.

image is not available

3. “Tuhankuuu Ampunn Tuhankuu!”

Ada juga yang menceritakan seorang makcik terkejut dan berteriak, “Tuhankuuu ampunn tuhankuu!” Seorang individu lain dengan cepat membetulkan, “Kak, tuanku kak, bukan Tuhanku!” Makcik tersebut membalas dengan “Ya Aolohh, Iyaka paleee?” menambahkan keriuhan kepada suasana tersebut.

image is not available

4. “Bye Daulat!!”

image is not available

5. Terlebih guna bahasa istana sampai confuse siapa Raja kat sini

image is not available

6. “Seliparku tuanku…seliparku”

Dalam riuh berjumpa dengan Agong, ada pula individu yang tercari-cari seliparnya

7. “Salam Tuan…”

8. Teruja sangat sampai sayang nak cuci tangan lepas bersalaman dengan Agong

Lihat lagi kongsian netizen di bahagian komen-komen di bawah:

image is not available

image is not available

image is not available

Korang yang lihat video-video di atas tu janganla kecam orang Sabah , Sabah merupakan negeri yang tidak mempunyai Sultan. Justeru, kebanyakan kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan Bahasa Istana yang betul.

Bah, kalau orang Sarawak nak lawan meriah orang Sabah tengokla lokasi mana lagi yang beliau akan pergi. Lihat di bawah: