SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di daerah Sabak Berna,, Selangor hingga 6 petang.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, ramalan hujan lebat disertai ribut petir juga berlaku seluruh Perlis selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

The post Sabak Bernam diramal hujan lebat, ribut petir hingga 6 petang appeared first on Selangorkini.


![“Masuk Kamera Oo”- Lelaki Sempat Rakam Pokok Tumbang Ketika Sedang Bersenam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)
