Sabri buat sidang akhbar khas jawab tuduhan Chegubard

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 11:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sabri menjawab tuduhan dilemparkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Chegubard terhadap dirinya menerusi satu sidang akhbar khas pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjawab tuduhan dilemparkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Chegubard terhadap dirinya menerusi satu sidang akhbar khas di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di sini pada Jumaat.

Sidang akhbar yang berlangsung pada jam 11 pagi ini diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan, selain memperbetulkan sebarang salah faham yang timbul susulan tuduhan tersebut.

Menurut kenyataan, penganjuran sidang akhbar itu bertujuan memberikan pencerahan berasaskan fakta serta menegaskan komitmen terhadap prinsip ketelusan dan integriti.