PERSATUAN Filem dan Visual Sabah (Safva) mempelawa persatuan-persatuan seni tempatan di negeri ini untuk bekerjasama dengan Safva dalam menganjurkan Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif di bawah dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Ketika pertemuan dengan empat persatuan seni tempatan baru-baru ini, Presiden Safva Chester Pang berkata mereka akan menyelaras modul latihan serta tarikh penganjuran bengkel agar manfaat inisiatif itu dapat diperluaskan kepada seluruh negeri ini.
“Setiap bengkel akan berlangsung selama tiga hari dengan nilai dana siling sehingga RM50,000 bagi setiap program manakala tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 1 September 2025.
“Lima skop utama ditetapkan di bawah program ini iaitu pembangunan idea, penceritaan (storytelling), asas lakonan, kemahiran sudut kamera dan suntingan kreatif.
“Bagaimanapun, daripada pertemuan ini kami dapati penyediaan kertas kerja serta memenuhi syarat permohonan adalah antara cabaran yang dihadapi untuk memohon dana ini kerana tempoh masa yang singkat.
“Oleh itu, Safva bersedia untuk memohon dana ini agar bengkel dapat diadakan di Sabah. Namun Safva memerlukan kerjasama semua persatuan seni kreatif di Sabah agar inisiatif ini dapat dilaksanakan di seluruh negeri dan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu.
“Justeru itu, kami berharap lebih banyak persatuan seni untuk tampil bekerjasama dengan Safva agar bengkel ini dapat diadakan di daerah-daerah lain dan akhirnya lebih ramai penggiat seni terutamanya belia dapat menerima manfaat daripada bengkel ini kelak,” katanya.
Terdahulu, Chester mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan permohonan dana terbabit bersama empat persatuan iaitu Persatuan Bakat Seni dan Kreatif Sabah (PBSKS) diwakili Timbalan Presidennnya Kipli Chew, Persatuan Bakat Skrin Sabah (PBSS) yang diwakili Presidennya Ramli Carlo, Persatuan Pendidikan Muzik Kinarut (PPMKS) yang diwakili Penolong Setiausaha Sumarli Loli serta Safva sendiri.
Turut hadir ialah Naib Presiden Safva Zahm Zulkifli, Setiausaha Agung Jade Morris, Penolong Setiausaha Agung Bibi Harith, Penolong Bendahari Agung Michelle Pang dan Exco Gregory Giting.
Menurut hebahan di laman Facebook rasmi Finas, program dana Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif itu merupakan inisiatif Kerajaan Madani untuk memperkasa bakat tempatan, merapatkan jurang peluang antara wilayah serta mengangkat martabat industri kreatif negara.
Program ini juga sebahagian daripada usaha berterusan membangunkan ekosistem kreatif yang inklusif, mampan dan berdaya saing, di samping membuka ruang kolaborasi antara kerajaan, industri dan komuniti.
Dana bengkel itu adalah di bawah Program Belia Kreatif Madani dengan peruntukan RM30 juta diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, tahun lalu.
Sementara itu, Chester menyambut baik cadangan Presiden PBSS Ramli Carlo mengenai penubuhan gabungan persatuan seni kreatif Sabah sebagai platform perjuangan bersama membangunkan seni kreatif di negeri ini.
Beliau turut berjanji akan mengusahakan cadangan terbabit dengan mengadakan rundingan bersama persatuan lain.