Sah Bergelar Isteri Pada Usia 41 Tahun, Luna Maya Terima Emas & RM8,600

7 May 2025 • 6:27 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dengan sekali lafaz, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan. Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia.

Luna, 41, menerima emas seberat 7.5 gram dan wang hantaran sebanyak RM8,600 daripada suami.



“Saya terima nikah dan kahwinnya Luna Maya Sugeng binti almarhum Uut Bambang Sugeng dengan logam mulia 7,5 gram dan wang 2.025 USD (setara dengan Rp33,4 juta atau RM8,600,” kata Maxime Bouttier.



Abang Luna, Tipi Jabrik, menjadi wali nikah, mewakili arwah ayahnya, Uut Bambang Sugeng.



Menariknya kedua pasangan tersebut ditemani saksi yang merupakan sahabat dekat mereka. Maxime, 32, ditemani suami Maia Estianty sebagai saksi manakala Luna diwakili Raffi Ahmad. Malah majlis perkahwinan mereka dibanjiri rakan artis.



Pasangan tersebut juga mengaku sengaja menyiarkan majlis perkahwinan di Youtube selepas kad kahwin mereka telah dibocorkan sebelum ini.



“Jujur kerana undangan bocor, akhirnya kita go public saja. Ya sudah akhirnya kita live saja di YouTube kita. Kalau tidak bocor saya memang ingin majlis ini berjalan dengan sangat tertutup,” kata Luna Maya.



Terdahulu Luna yang dilamar di Jepun telah menjalani beberapa siri ritual perkahwinan termasuk acara siraman.