Sah! GSC Citta Mall Umum Henti Operasi Sepenuhnya, Tayangan Akhir 30 Oktober Ini

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 3:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) sekali lagi akan menutup cawangan mereka di Citta Mall bulan Oktober ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi GSC menyatakan bahawa mereka akan menjalankan tayangan terakhir pada 30 Oktober ini dan akan menghentikan operasi pada hari berikutnya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Pihak pawagam itu mengucapkan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan dan sokongan sepanjang operasi mereka di situ.

“Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang kami beroperasi di sini,” katanya.

image is not available

Foto: Facebook GSC

Menyingkap ruangan komen Facebook GSC pula, terdapat banyak maklum balas dan komen netizen yang bercampur-baur mengenai operasi cawangan wayang di Citta Mall tersebut tutup.

Sedihnya semalam tengok wayang dengan pasangan, tempat duduk lain semua kosong

image is not available

Tidak, ini satu-satunya GSC di sekitar saya yang mempunyai tiket murah

image is not available

Seriouslah, lepasni jauh nak dating tengok movie

image is not available

Tak boleh salahkan mereka, Citta adalah sebuah pusat membeli-belah komuniti kecil

image is not available

Seperti dijangka. GSC di Citta Mall nampak menyeramkan

image is not available

Pihak GSC juga menyatakan bahawa mereka masih ada cawangan yang aktif beroperasi sekiranya masyarakat setempat mahu menonton filem tayangan GSC boleh berkunjung ke cawangan-cawangan lain seoerti di Paradigm Mall PJ.

“Anda masih boleh menikmati filem kegemaran anda di lokasi terdekat kami, GSC Paradigm Mall PJ. Jumpa anda di sana!,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber: Facebook GSC