SAH! JKR Sudah Selenggara Lebih 30,000 Meter Persegi Jalan Berlubang Di Kelantan!

2 Apr 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan pihaknya telah menyelenggara lebih 31,000 meter persegi jalan berlubang di Kelantan sejak Januari lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah JKR Kelantan, Nik Soh. Menurutnya, JKR telah menyelenggara lebih 31,180 meter persegi jalan berlubang di negeri terbabit.

image is not available

Daripada jumlah itu, sebanyak 21,580 meter persegi ialah jalan Persekutuan manakala 9,600 meter persegi adalah jalan negeri.

“Sebaik menerima laporan jalan berlubang, kita akan terus memberi menyelenggara jalan terbabit dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada Bernama.

Langkah itu diambil bagi mengelak kejadian kemalangan maut berulang selepas dua beradik lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara.

Kedua-dua mangsa, Norhazim Kamaruzaman, 17 dan pembonceng, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman, 16, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.