Sah! LRT 3 Beroperasi 31 Disember Ini, Kata Menteri Pengangkutan

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk warga Shah Alam!

Ini kerana perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Disember ini.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, baru-baru ini.

image is not available

"Kementerian bersama Prasarana Malaysia Berhad dan pihak berkuasa berkaitan sedang memberikan keutamaan penuh kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pematuhan teknikal, sebelum tarikh pembukaan dapat disahkan secara muktamad.

"Hal ini (tarikh pembukaan) sangat tertakluk kepada hasil ujian kita kerana dalam perkhidmatan rel, satu daripada perkara yang sangat penting adalah ujian terakhir yang dilaksanakan termasuk fault-free run (FFR) untuk memastikan apabila dibuka nanti, tidak berlaku apa-apa gangguan teknikal dan sebagainya,” katanya.

Anthony berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata, sebagai persediaan pengoperasian LRT3, Rapid Rail Sdn Bhd sehingga kini telah melantik 956 pekerja merangkumi pelbagai kategori petugas termasuk pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan dan sokongan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved