Saham Evocom dibuka 15 sen pada penampilan pertama di Pasaran ACE

Business & Finance
28 Sep 2026 • 10:33 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham Evocom dibuka 15 sen pada penampilan pertama di Pasaran ACE Image from: Saham Evocom dibuka 15 sen pada penampilan pertama di Pasaran ACE liza28/09/2026 - 10:33 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Sept – Saham Evocom Bhd dibuka pada 15 sen sesaham, iaitu 3 sen atau 16.67% lebih rendah berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 18 sen pada penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

 

Pada pukul  9.55 pagi, saham Evocom Bhd terus susut 27.78% kepada 13 sen iaitu penurunan lima sen daripada harga IPO.

 

Pada paras 13 sen, Evocom menjadi kaunter paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia dengan sebanyak 36.5 juta saham bertukar tangan.

 

Evocom kumpul RM20.5 juta menerusi IPO

Evocom mengumpul kira-kira RM20.50 juta menerusi IPO selepas menerbitkan 113.91 juta saham baharu pada harga 18 sen sesaham.

 

Daripada jumlah itu, RM7.2 juta atau 35.12% akan digunakan sebagai modal kerja bagi perniagaan perkhidmatan tenaga kerja fleksibel.

 

Sebanyak RM3 juta atau 14.63% pula diperuntukkan bagi pembangunan aplikasi teknologi milik syarikat, termasuk meningkatkan penggunaan data dan kecerdasan buatan dalam beberapa bidang operasi terpilih.

 

Perluas perniagaan kargo udara

Evocom turut memperuntukkan RM3 juta atau 14.63% daripada hasil IPO untuk mengembangkan perniagaan pemindahan kargo udara bagi menyokong pertumbuhan aktiviti e-dagang rentas sempadan.

 

Selain itu, RM1.5 juta atau 7.31% akan digunakan untuk menubuhkan ibu pejabat yang dicadangkan di Nilai, Negeri Sembilan.

 

Ibu pejabat itu akan menghimpunkan fungsi gudang, pejabat dan operasi syarikat di bawah satu bumbung.

 

Baki RM1.34 juta atau 6.56% daripada hasil IPO akan digunakan sebagai modal kerja am.

 

Sementara itu, sebanyak RM4.46 juta atau 21.75% diperuntukkan bagi membiayai perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

 

Sebelum ini, IPO Evocom meraih sambutan positif apabila bahagian saham ditawarkan kepada pelabur awam Malaysia terlebih langgan sebanyak 3.6 kali, dengan sebanyak 6,326 permohonan membabitkan 104.69 juta saham. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved