Saham Zetrix AI jatuh 50%, pengurusan tegaskan tiada apa-apa isu berbangkit dalam syarikat

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham Zetrix AI jatuh 50%, pengurusan tegaskan tiada apa-apa isu berbangkit dalam syarikat Image from: Saham Zetrix AI jatuh 50%, pengurusan tegaskan tiada apa-apa isu berbangkit dalam syarikat amree28/08/2026 - 14:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Ogos — Saham Zetrix AI Berhad menjunam sebanyak 50% dalam dagangan di Bursa Malaysia pada 28 Ogos 2026, hingga mencecah had penurunan maksimum harian bagi saham bawah RM1.

 

Bagaimanapun pengurusan syarikat tersebut menegaskan tiada sebarang isu melibatkan operasi atau siasatan terhadap kumpulan itu yang mendorong kepada kejatuhan ketara nilai sahamnya di pasaran.

 

Saham syarikat perkhidmatan digital itu merosot 30 sen kepada 29.5 sen sebelum rehat tengah hari, dengan lebih 800 juta saham bertukar tangan, menjadikannya kaunter paling aktif di bursa pada Jumaat.

 

Kejatuhan secara mendadak tersebut turut mendorong pihak Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian bagi saham Zetrix AI sehingga berakhir waktu sesi dagangan pada 28 Ogos 2026.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Zetrix AI, Wong Thean Soon berkata kepada The Edge, pihak pengurusan tidak melihat sebarang masalah dalam syarikat itu dan operasi masih berada dalam keadaan teratur.

 

Zetrix Heitech_DagangNews2026

 

“Setakat yang kami tahu, memang tiada apa-apa proses siasatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap Zetrix AI dan semua urus niaga perniagaan dalam keadaan baik di syarikat,” katanya.

 

Dalam pada itu portal tersebut berkata, kejatuhan saham Zetrix AI turut menjejaskan syarikat bersekutunya, HeiTech Padu Berhad, dengan harga susut 30% kepada paras terendah harian 87.5 sen.

 

Zetrix AI memiliki kepentingan tidak langsung 16.9% dalam HeiTech Padu, sekali gus mewujudkan kaitan antara kedua-dua syarikat ketika sentimen pasaran yang menyaksikan jualan besar-besaran.

 

Thean Soon pula memiliki kepentingan langsung 0.97% dan kepentingan tidak langsung 16.9% dalam HeiTech Padu, yang merupakan kontraktor projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

 

Selain itu, Zetrix AI dan HeiTech Padu mempunyai perjanjian kerjasama bagi melaksanakan projek teknologi kerajaan, menjadikan pergerakan harga saham dua syarikat ini mendapat perhatian pelabur.

 

Pemegang saham langsung terbesar HeiTech Padu ialah Rosetta Partners Sdn Bhd, syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Sultan Muhammad V dari Kelantan, dengan pegangan 23.61%. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved