Cloudpoint berdepan isu kadar cukai efektif lebih tinggi berikutan kerugian anak syarikat pada 2QFY26

Business & Finance
20 Aug 2026 • 4:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Cloudpoint berdepan isu kadar cukai efektif lebih tinggi berikutan kerugian anak syarikat pada 2QFY26 Image from: Cloudpoint berdepan isu kadar cukai efektif lebih tinggi berikutan kerugian anak syarikat pada 2QFY26 amree20/08/2026 - 16:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 OgosCloudpoint Technology Berhad berdepan isu kadar cukai efektif yang lebih tinggi berikutan kerugian anak syarikat telah menjejaskan pertumbuhan pada tempoh 2QFY26.

 

Menurut makluman kumpulan Bursa Malaysia, perbelanjaan tertentu yang tidak boleh ditolak cukai turut memberi kesan kepada kedudukan kewangan penyedia rumusan teknologi maklumat (IT) tersebut.

 

Bagaimanapun, prospek syarikat kekal positif dipacu permintaan sihat terhadap infrastruktur pintar dengan cabaran pasaran semasa memperkukuh penawaran perkhidmatan secara bersepadu dalam industri.

 

Perkara tersebut diakui Ketua Pegawai Eksekutif Cloudpoint, Datuk Choong Wai Hoong yang menjelaskan prestasi pada suku kedua mempamerkan peningkatan berturut-turut yang memberangsangkan syarikat.

 

"Kumpulan ini akan terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelaksanaan strategi perniagaan serta mengukuhkan kedudukan pasaran dalam landskap teknologi yang lebih pesat berkembang," kata beliau.

 

Syarikat berjaya melengkapkan pengambilalihan CX One Sdn Bhd pada 2QFY26 bernilai RM16.8 juta, bagi meluaskan keupayaan serta infrastruktur pusat data (DC) berasaskan kecerdasan buatan (AI).

 

Cloudpoint_DagangNews2026

 

Melalui usaha itu, ia dijangka memberikan jaminan keuntungan bersih terkumpul RM7.45 juta bagi tahun kewangan berakhir 2026 sehingga 2028, dengan kira-kira RM2.35 juta diunjur bagi 2026.

 

Cloudpoint turut mencatatkan hasil RM45.6 juta, serta merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) yang kukuh berjumlah RM4.1 juta bagi tempoh tiga bulan tersebut.

 

"Pencapaian ini menyaksikan PATAMI melonjak 110%, manakala hasil meningkat 31% dengan margin kasar juga bertambah baik iaitu 5.8 mata peratusan kepada 26.6% bagi suku di bawah tinjauan," katanya.

 

Bagi prestasi terkumpul separuh pertama tahun kewangan 2026, ia meraih hasil keseluruhan RM80.4 juta, dengan PATAMI sebanyak RM6.1 juta sekali gus mencerminkan momentum pertumbuhan yang sihat.

 

Segmen berasaskan projek yang merangkumi rumusan DC serta rangkaian dan keselamatan siber kekal menjadi penyumbang terbesar hasil syarikat, dengan menyumbang sebanyak RM30.64 juta atau 67%.

 

Ia juga menjana hasil RM10.5 juta melalui penawaran perkhidmatan profesional IT, manakala segmen aplikasi digital dan perkhidmatan awan pula menyumbang perolehan hasil sebanyak RM4.48 juta.

 

"Lembaga Pengarah menjangka prestasi keseluruhan FY26 adalah memuaskan dengan memanfaatkan peluang pertumbuhan perkhidmatan kewangan insurans serta sektor awam," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved