SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan

LocalCars
12 Nov 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.

Kejayaan acara penyerahan ini adalah hasil kerjasama yang lancar dari lebih 18 Pengedar Sah Motor MG yang terletak di lokasi strategik bagi memastikan pelanggan menerima kereta mereka dengan segera.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia, Lee Wen Hsiang mengakui MG5 telah menarik minat segmen pembeli yang mengutamakan gaya dan keperibadian.

“Kami cukup teruja untuk meraikan kejayaan ini bersama pelanggan. Acara ini juga sebenarnya memberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, mendengar maklum balas serta berkongsi mengenai tahap kepuasan mereka menggunakan MG5,” katanya.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, MG5 Fastback hadir dalam satu varian dan merupakan unit yang diimport dari Thailand dijual pada harga RM93,900 namun harga itu tidak termasuk insurans.

Selain itu, MG5 disumbat dengan enjin 1.5 liter yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 114 hp dan tork 150Nm.

image is not availableimage is not available

Enjinnya digandingkan dengan kotak gear CVT lapan-kelajuan.

Dari segi prestasi, MG5 dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11.5 saat, manakala purata penggunaan minyaknya pula didakwa 17.5 KM/liter (5.7 liter/100 KM).

Sedan MG5 menawarkan nilai luar biasa dalam kelasnya, dengan rekaan sporty, ruang dalaman yang luas, serta dilengkapi jaminan terbaik di pasaran.

image is not available

Selain itu, pemilik baharu MG5 turut menikmati perlindungan Jaminan Waranti Tanpa Had Jarak Perbatuan selama 5 tahun dan jaminan tanpa had jarak bagi rangkaian kuasa selama 7 tahun.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 MG, pembeli juga layak menerima rebat pengenalan sebanyak RM7,000, menjadikan harga MG5 hanya RM83,900.