Saiful Apek terkejut, terkedu dapat tahu diri anak angkat ketika dihalang cium jenazah ibu

EntertainmentLifestyle
23 Jan 2025 • 2:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli kumpulan pelawak lagenda, Saiful Apek terkejut apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat pada hari kematian ibunya.

Dalam perkongsian di Dol’s Podcast, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff akui terkedu dengan kenyataan tersebut ketika dia dilarang mencium jenazah ibunya.

Saiful Apek terkejut

Dedahnya, rahsia keluarga berkenaan akhirnya terbongkar ketika usianya 21 tahun dan dia diambil oleh ibu angkat ketika usianya kurang daripada seminggu.

“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.
“Ini bukan mahram mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Tapi saya tak peduli, saya tarik juga saya cium juga,”katanya.

image is not available

Dedahnya lagi, dia tidak pernah disusukan ibu angkat kerana tidak pernah dan tidak boleh melahirkan zuriat.

Boleh je cium!

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut berasa sebak dengan perkongsian Saiful Apek itu.

image is not available

image is not available

Tidak kurang juga ada netizen memaklumkan bahawa yang hidup dibenarkan untuk cium si mati walaupun bukan mahram.

Sumber: TikTok dolspodcast