Saifullah Akhtar letak jawatan sebagai CEO Pertama Digital

Business & Finance
1 Nov 2023 • 11:49 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saifullah Akhtar letak jawatan sebagai CEO Pertama Digital

zulfadli

01/11/2023 - 11:49

KUALA LUMPUR 1 Nov - Pertama Digital Bhd mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Saifullah Akhtar, berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu (dahulunya dikenali sebagai Sinotop Holdings Bhd) berkata, Saifullah, 38, mengosongkan jawatan itu untuk mengejar kepentingan peribadinya.

Beliau menyandang peranan sebagai CEO kumpulan pada Disember lalu, setelah pernah berkhidmat sebagai pengarah strategi pada 2021.

Saifullah ialah menantu kepada Pengarah Eksekutif Pertama Digital dan pemegang saham utama, Sabri Ab Rahman, yang memegang 12.375% kepentingan dalam kumpulan itu.

Ogos lalu, Pertama Digital memohon lanjutan 12 bulan, dengan tarikh akhir ditetapkan pada 9 Ogos 2024, untuk menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa berkaitan.

Permintaan ini dibuat selepas kumpulan itu diklasifikasikan sebagai 'penerbit tersenarai terjejas' kerana penjualan anak syarikat tekstilnya yang berpangkalan di China, Be Top Group Ltd, pada harga RM70 juta, dengan tujuan menjadi penyedia perkhidmatan digital murni.

Kumpulan itu memiliki dan mengendalikan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyPay yang menggabungkan e-perkhidmatan agensi kerajaan Malaysia ke dalam satu platform digital.

Ia juga memiliki dan mengendalikan aplikasi laman web yang dikenali sebagai eJamin yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara elektronik untuk jaminan mahkamah jenayah. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved