Saingan Sengit Di Sungai Buloh, KJ Tewas Di Tangan Ramanan

Politics
20 Nov 2022 • 12:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin tewas di tangan Datuk R Ramanan (PH) dalam usaha menawan kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Kekalahan itu bermakna Khairy yang kali pertama bertanding di luar Rembau tidak akan kembali ke Parlimen selepas berpeluang berbuat demikian untuk tiga penggal berturut-turut.

image is not available
R Ramanan

Sumber ketika mengesahkan maklumat itu kepada The Vibes berkata, Ramanan berjaya memperoleh undi mencukupi untuk menang, malah jentera Khairy juga secara terbuka mengakui kekalahan tersebut.

Keputusan rasmi bagaimanapun masih belum diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ramanan menewaskan tujuh calon lain untuk mengekalkan penguasaan PH di kerusi berkenaan yang memiliki 158,090 pengundi berdaftar.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang calon PH, R Sivarasa yang memenangi kerusi berkenaan pada 2018 selepas memperoleh majoriti undi 26,634. – The Vibes, 20 November 2022