Saintis Menentang Malaria Dengan Menyebarkan Penyakit Kelamin Kepada Nyamuk

WorldTechnologyDigitalSpace
4 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menurut data yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia tahun ini, 13 kematian disebabkan oleh Malaria dilaporkan di Malaysia pada tahun 2023. Ini adalah kecil berbanding lebih 597,000 yang dilaporkan di peringkat global dalam tahun yang sama. Pelbagai usaha dilakukan untuk membendung penyakit yang sudah direkodkan kewujudannya sejak 1550 tahun sebelum masih.

image is not available
Nyamuk dengan fungus Metarhizium

Saintis dari University of Maryland kini menemukan teknik terbaru memerangi Malaria dengan menularkan penyakit kelamin (STD) kepada nyamuk. Nyamuk jantan disembur dengan fungus Metarhizium yang apabila memasuki tubuh nyamuk betina ketika mengawan akan menyebabkan kematian. Metarhizium yang wujud secara semula jadi bertindak sebagai neurotoksin yang hanya membunuh nyamuk betina yang merupakan vektor penyakit Malaria.

Dalam ujian lapangan yang dilakukan di Burkina Faso, hampir 90% nyamuk betina mati dalam tempoh dua minggu selepas mengawan dengan nyamuk jantan yang disembur Metarhizium. Ini ialah kadar kematian lebih tinggi berbanding hanya 4% yang berlaku secara semula jadi. Walaupun beracun kepada nyamuk betina, Metarhizium tidak mendatangkan kesan negatif pada manusia.

Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports