Saiz Muat Turun Grand Theft Auto VI Ialah 210GB

TechnologyGaming
28 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan Grand Theft Auto VI secara rasminya akan dijual bermula 19 November depan dan dengan pelancaran semakin hampir, pelbagai maklumat mula tertiris. Menurut PlayStation Game Size, saiz permainan video yang amat dinantikan ini mencecah 210GB.

Image from: Saiz Muat Turun Grand Theft Auto VI Ialah 210GB

Ini adalah saiz yang cukup besar kerana saiz GTA V sebelum ini hanya 120GB manakala Red Dead Redemption 2 pula ialah sekitar 116GB di PlayStation 5. Malahan saiz GTA VI ini sekiranya betul adalah lebih besar berbanding 191GB untuk Call of Duty : Modern Warfare 4.

Selama ini siri COD sahaja mempunyai reputasi saiz muat turun yang sangat besar sehingga memerlukan permainan lain dipadam terlebih dahulu daripada storan. Dalam dunia saiz SSD semakin mahal dan storan konsol hanya sekitar 500GB, ini pastinya menjadi isu.

Saiz fail permainan yang besar ini mungkin menjadi sebab mengapa RockStar Games enggan menawarkan GTA VI dalam versi cakera fizikal. Sebaliknya jika kotak permainan fizikal dibeli, ia hanya mengandungi kod untuk muat turun menerusi stor atas talian.

Jika anda sudah melakukan prapesan GTA VI, ia sudah boleh dimuat turun bermula 12 November. Sila padam permainan lama dengan segera sebelum memulakan proses muat turun

Sumber – Insider Gaming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved