Sajat berang didakwa sudah meninggal dunia di London – “Fitnah paling jahat”

LocalEntertainment
23 Dec 2025 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman menyelar menepis dakwaan mengatakan dirinya sudah meninggal dunia ketika berada di London.

Menerusi perkongsian di Threads, dia mengakui tuduhan itu begitu berat untuk diterima dan ia merupakan fitnah paling jahat sepanjang hidupnya.

Fitnah paling jahat

image is not available

“Hoi, saya masih hidup, ya. Berita kata saya meninggal di London tu fitnah paling jahat, jangan jadikan dosa sebagai konten,” ciapan Sajat, semalam.

Dalam pada itu, dia menjelaskan keadaan kesihatannya di Australia masih dalam keadaan baik dan meminta agar hantaran yang tular di Facebook itu segera dipadam kerana bimbang menimbulkan kekeliruan.

“Saya sihat, bekerja, dan berada di Australia. Padam sekarang, anjing,” jelasnya.

Artikel lain: “2 minggu batuk kering, makan muntah..” – Sajat mohon doa, sedang diuji masalah kesihatan

image is not available

Sebelum ini, usahawan itu pernah memohon doa orang ramai setelah berkongsi keadaan kesihatannya yang berada dalam keadaan tidak baik.

Difahamkan, dirinya mengalami batuk kering tanpa henti sehinga muntah menyebabkan badan menjadi lemah dan sukar untuk bernafas.

Tambahnya lagi, sakit yang dialaminya begitu perit sehingga memberikan kesan yang teruk terhadap tubuh badannya.

Sumber: Threads nursajatkamaruzzaman