Sakamoto muncul wira Jepun 'bedil' Brazil

15 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sakamoto muncul wira Jepun 'bedil' Brazil

Tatsuhiro Sakamoto memacu kemenangan Jepun menewaskan Brazil 3-2 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Singapura malam tadi.

Jepun tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Takefusa Kubo dan Keito Nakamura untuk mendahului 2-0 dalam tempoh lima minit.

Namun, bintang Real Madrid, Vinicius Junior memacu kebangkitan juara lima kali Piala Dunia itu dengan gol pada minit ke-33 dan ke-75.

Ketika kedua-dua pasukan hampir berpuas hati dengan keputusan seri, skuad kendalian Hajime Moriyasu mencipta sensasi menerusi gol Sakamoto untuk kemenangan 3-2.

Untuk rekod, pertemuan kali terakhir antara Jepun dan Brazil menyaksikan anak buah Carlo Ancelotti menewaskan Jepun 2-1 dalam pusingan 32, Piala Dunia 2026 pada Jun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved