“Suka Betul Nasi Goreng” – Konsert Selesai, Peminat Seronok Lihat Ailee Cuba Pelbagai Jenis Makanan Melayu

Music
24 Jun 2024 • 10:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available
ailee

Setelah lama menanti, Ailee akhirnya datang menemui peminatnya di Malaysia!

Baru-baru ini, Ailee telah mengadakan konsertnya AILEE I AM : HERE IN KUALA LUMPUR 2024, bertempat di Mega Star Arena.

Dihadiri ribuan peminat yang memeriahkan lagi konsert berkenaan, wanita itu telah meluahkan rasa syukurnya dengan menulis di Instagram,

Terima kasih aileean Malaysia!!! Saya sayang awak semua sangat!!! Malam yang tidak dapat dilupakan. Sangat seronok dapat dengar semua orang menyanyi dalam bahasa Korea. Saya bersyukur atas semua kenangan berharga yang dapat saya buat bersama anda semua. 12 tahun cinta yang terbungkus dalam satu malam pastinya tidak mencukupi. Saya pasti ingin kembali untuk melihat anda semua lagi! Terima kasih!!!! Dan saya sayang awak!!!!

image is not available

Selain itu di Instagram Story, penyanyi “I Will Show You” itu juga berkongsi antara makanan Malaysia yang dia sempat untuk nikmati termasuklah Nasi Goreng dan pelbagai jenis kuih Melayu.

Datang Malaysia lagi tau Ailee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.