Sakit lutut? Mungkin osteoartritis

Health & Fitness
22 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Sakit lutut? Mungkin osteoartritis
Gambar: Public Health M'sia

INI YANG BERLAKU PADA SENDI LUTUT APABILA MENGALAMI OSTEOARTHRITIS (OA)

Pernah tak rasa lutut sakit bila nak bangun dari kerusi? Nak naik tangga pun susah. Kadang-kadang lutut berbunyi dan terasa kaku selepas lama duduk.

Ini antara tanda Osteoarthritis (OA) lutut.

Dalam keadaan normal, hujung tulang dilapisi rawan yang licin untuk membantu sendi bergerak dengan lancar.

Apabila mengalami OA, beberapa perubahan berlaku:

* Rawan semakin menipis dan permukaannya menjadi tidak rata.

* Ruang sendi menyempit akibat kehilangan rawan.

* Osteofit (bone spur) terbentuk di pinggir sendi.

* Tulang di bawah rawan turut mengalami perubahan dan keradangan sendi boleh berlaku.

Perubahan ini boleh menyebabkan lutut sakit, kaku dan pergerakan semakin terbatas.

APA GEJALANYA?

Antara gejala biasa ialah sakit ketika berjalan atau menaiki tangga, sukar bangun daripada duduk, lutut berbunyi, bengkak dan kaku pada waktu pagi yang biasanya kurang daripada 30 minit.

BOLEHKAH ELAK DARIPADA SEMAKIN TERUK?

Ya, banyak yang boleh dilakukan untuk mengawal gejala dan mengekalkan fungsi lutut.

1. Kawal berat badan. Jika berat berlebihan, penurunan 5–10% berat badan boleh membantu mengurangkan sakit lutut.

2. Kuatkan otot paha dan pinggul. Otot yang kuat membantu menyokong dan menstabilkan sendi lutut.

3. Jangan berhenti bergerak. Berjalan mengikut kemampuan, berenang atau berbasikal ialah antara aktiviti yang sesuai. Mulakan perlahan-lahan.

4. Ubah suai aktiviti. Kurangkan pergerakan yang mencetuskan sakit seperti mencangkung terlalu lama atau mengangkat beban berat.

5. Dapatkan rawatan. Fisioterapi dan ubat yang sesuai boleh membantu mengawal kesakitan.

PENTING!

OA tidak semestinya akan terus menjadi semakin teruk sehingga memerlukan pembedahan.

Walaupun rawan yang telah rosak sukar dipulihkan, senaman yang betul dan pengurusan berat badan boleh membantu seseorang kekal aktif serta mengekalkan fungsi lutut.

Jika lutut tiba-tiba sangat sakit, panas atau bengkak, terutama jika disertai demam, dapatkan pemeriksaan segera.

Jangan berhenti bergerak hanya kerana lutut sakit. Yang penting, bergerak dengan cara yang betul.

Public Health Malaysia


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved