
NAMA penyanyi Ernie Zakri kembali diperkatakan, namun kali ini bukan kerana buah tangan baharu sebaliknya penampilan ketika menjayakan persembahan apabila segelintir netizen menyifatkan fesyen digayakan semakin berserabut serta tidak sedap mata memandang.
Malah, ada pengguna media sosial mencadangkan pelantun lagu Sejambak Bunga itu menukar ‘stylist’ dan bereksperimen dengan potongan pakaian lebih sesuai untuk tubuh kecil moleknya.
Terkedu juga Diva membaca komen sedemikian. Pedas sungguh, namun kalau teguran sama datang berkali-kali daripada ramai pihak, mungkin sudah tiba masa Ernie menilai semula gaya penampilanya selama ini.
Bukan perlu menurut semua suara netizen, cuma tidak salah mengambil mana-mana kritikan sebagai ruang ‘reset’ imej.
Lagipun, sayang sekali bakat vokal Ernie begitu besar tetapi isu busana pula mencuri pentas.
Diva tetap mengagumi kemampuan penyanyi itu dan percaya soal fesyen boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
DIVA: Menarik juga video muzik Takkan Pernah nyanyian Hussain. Patutlah peminat menggelupur.
The post Sakit mata tengok fesyen Ernie Zakri appeared first on Kosmo Online.


