Saksi utama akui terima ancaman terhadap diri, keluarga

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 3:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saksi utama akui terima ancaman terhadap diri, keluarga

TAWAU: Saksi utama dalam perbicaraan saman sivil RM190 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 11 defendan lain mengakui pernah menerima ancaman terhadap dirinya, keluarga serta anak-anak.

Nurima Juli, 36, membuat pengakuan itu ketika menyambung keterangannya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Ketika disoal Peguam Kanan Persekutuan, Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber berhubung bentuk ancaman yang diterimanya berkaitan kes bunuh bekas suaminya, Nurimah berkata, ancaman itu mempunyai kaitan dengan ibunya.

Bagaimanapun, saksi enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai ancaman itu.

Nurima kemudian menangis ketika mengenangkan ibunya sebelum mahkamah menghentikan prosiding selama 13 minit bagi membolehkannya berehat.

Ketika prosiding disambung semula, Nurima juga tidak menafikan ancaman diterimanya datang daripada antara 12 defendan iaitu pihak polis yang disenaraikan.

Bagaimanapun, dia tidak mengingati nama-nama defendan yang disebutkan kepadanya.

Saksi bagaimanapun menjelaskan bahawa dia pernah bertemu beberapa individu di dalam sebuah bilik mesyuarat yang dihadiri ramai pihak polis.

“Saya pernah jumpa di dalam satu bilik mesyuarat. Pada masa itu mereka ramai dan saya tidak tahu nama mereka dan tidak ingat.

“Selebihnya saya memang ada jumpa mereka ketika berada di Kuala Lumpur, tetapi nama mereka saya tidak ingat satu persatu kerana memori saya memang tidak baik pada masa itu,” katanya.

Nurima kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Tawau selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan niat membunuh bekas suaminya, Nurman Bakaratu, 61, tiga tahun lalu. – UTUSAN

The post Saksi utama akui terima ancaman terhadap diri, keluarga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved