Salah Faham Punca Pengunjung Sambutan Hari Landskap Negara ‘Angkut’ Pokok Hiasan MBJB – Datuk Bandar MBMB

7 Aug 2026 • 5:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bermula semalam (6 Ogos) sehingga 9 Ogos ini, sedang berlangsungnya Hari Landskap Negara bertempat di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Namun baru sahaja sehari pelaksanaannya, sudah timbul isu kurang enak mengenai sikap segelintir pengunjung yang didakwa mengambil pokok hiasan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Datuk Bandar MBMB Jelas Pengunjung Salah Faham Sangka Pokok Percuma, Tak Perlu Pulangkan Balik

Terbaharu, tindakan pengunjung yang mengambil tanaman berkenaan dipercayai berlaku akibat salah faham sehingga ada segelintir yang menyangka ia diberikan secara percuma.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, kejadian dipercayai berlaku ketika pekerja MBJB sedang memindahkan pokok hiasan dari laman pameran ke dalam lori.

Namun keadaan itu menyebabkan sebahagian pengunjung menyangka lebihan pokok terbabit adalah tanaman percuma yang boleh dibawa pulang.

“Pihak pekerja MBJB telah cuba menghalang dan memaklumkan bahawa pokok tersebut bukan agihan pokok percuma tetapi sebahagian daripadanya tetap diambil oleh orang awam.

“Tiada pokok bernilai ribuan ringgit diambil dalam kejadian itu justeru pengunjung yang telah membawa pulang tanaman berkenaan tidak perlu memulangkannya,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Pokok Percuma Perlu Diletakkan Di Khemah Agihan Pokok

Pada masa sama, Shadan turut mengingatkan pempamer atau mana-mana peserta yang berhasrat mahu memberikan pokok percuma untuk meletakkan tanaman tersebut di khemah agihan pokok berhampiran bas Klinik Pergigian Bergerak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau ia bertujuan memastikan penyelarasan agihan dapat dibuat sebaiknya.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran seorang pengguna yang mempersoal tindakan segelintir pengunjung Hari Landskap Negara yang didakwa mengambil pokok milik MBJB.

“Kenapa jadi macam ini orang Melaka? Hmm pokok-pokok ini MBJB punya tetapi habis diambil orang pagi dan tengahari tadi.

“Habis ya diambil, sedangkan tiada langsung tulis pokok percuma kenapa. Baru pertama kali Melaka jadi tuan rumah Hari Landskap Negara, pokok percuma di khemah PBT tetapi pokok MBJB pula yang jadi mangsa,” tulisnya.

Image from: Salah Faham Punca Pengunjung Sambutan Hari Landskap Negara ‘Angkut’ Pokok Hiasan MBJB   – Datuk Bandar MBMB

Pengguna Turunkan Hantaran, Elak Salah Faham Antara PBT

Namun dalam perkongsian terbaharu, pengguna berkenaan memaklumkan bahawa hantaran terbabit telah dipadam olehnya bagi mengelakkan salah faham di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kes dah viral. MBJB dah hubungi saya. Mereka minta take down post untuk elak salah faham antara PBT katanya tetapi benda dah viral.

“Minta tolong orang Melaka. Hari ahad (9 Ogos) selepas event habis, jangan ambil pokok hiasan di tapak event. Pokok hiasan tidak boleh diambil. Jaga adab kita orang Melaka.

“Minta kerjasama semua jangan curi pokok hiasan ya sebab dah lebih 10 orang tanya saya nanti habis event pokok hiasan boleh ambil tak. Tak boleh ya. Jaga nama baik orang Melaka ya,” tulisnya.

Image from: Salah Faham Punca Pengunjung Sambutan Hari Landskap Negara ‘Angkut’ Pokok Hiasan MBJB   – Datuk Bandar MBMB

Baca Artikel Berkaitan: “Free, Boleh Ambil” – Tuan Rumah Murah Hati Benarkan Orang Ramai Petik Rambutan Di Pokok Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Boleh Ambil Rumput Di Stadium Bukit Jalil Secara Percuma Hari Ini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved