
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, ramai yang menjadikan pekerjaan Gig seperti penghantar makanan atau rider sebagai alternatif menjana pendapatan.
Waktu kerjanya yang fleksible dan pendapatan agak lumayan menjadi sebab mengapa pekerjaan sebegitu sering menjadi pilihan ramai.
Namun entah mengapa, masih ada segelintir individu yang memandang rendah kumpulan pekerjaan ini apatah lagi jika ia dilakukan oleh orang ternama.
TikToker Pilih Kerja Jadi Rider Untuk Dapatkan Duit Tepi
Baru-baru ini, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Afiq meluahkan rasa kecewa apabila seorang pelanggan seolah-olah memperlekehkan pekerjaannya sebagai penghantar makan.
Afiq yang merupakan seorang TikToker dan mempunyai pengikut lebih 730,000 orang itu berkongsi kisah tersebut di TikTok @afiiiiq._.
“Salah ke kalau aku bawa Grab? Tadi aku pergi ambil makanan dekat kedai makan. Ada seorang akak ini tengah makan dengan circle dia ramai-ramai.
“Dia tanya aku, ‘awak yang TikToker Cicak tu kan?’ lepas tu aku iyakan, lepas tu dia tanya ‘awak bawa Grab ke? Kan awak ada nama dekat TikTok?’.
“Lepas tu aku jawab ‘aku kerja Grab ni sebab part time je, buat duit tepi’, lepas tu dia cakap ‘bukan influencer yang ada nama dekat TikTok ni kaya-kaya ke?’,” kongsinya.
Afiq kemudiannya sekali lagi menjelaskan kepada wanita itu bahawa kerjanya sebagai rider hanyalah sekadar mencari duit tepi.
Namun, wanita berkenaan seolah-olah tidak dapat menerima dan mentertawakan Afiq bersama rakan-rakannya yang lain.
Terasa Dengan Respon Wanita Lepas Beritahu Sebab Jadi Rider
Kecewa dengan respon yang diterima, Afiq mendakwa wanita berkenaan seolah-olah seperti memperlekehkan pekerjaannya itu.
“Aku rasa dia tengah judge aku. Kalau budak-budak aku boleh lagi, ni nak sama umur aku atau atas dari umur aku.
“Terasa sikitlah kan. Aku ni ada nama, aku ada TikTok tapi aku kerja Grab, kadang-kadang malu juga kalau orang cakap aku macam tu, tapi nak buat macam mana?
“Aku kerja ni pun sebab aku tak de job. Kalau influencer lain, diorang buat TikTok dengan kawan-kawan dia yang famous. Aku buat sorang-sorang tau, susah nak dapatkan job tu.
“Kalau aku tak de duit, aku kerja jela, part time bawa Grab. Tak tahulah, dia terasa sikit. Kalau akak ni tengok, biarlah saya kerja Grab pun, saya kaya je.
“Jangan judge orang macam tu kak, jangan gelak-gelakan saya, saya terasa,” kongsinya.
mungkin dia ingat kerja grab ni miskin, dia tak tahu sehari boleh dapat 2,3 ratus
Tak Kisah Kerja Penghantar Makanan Tapi Malu Bila Ada Yang Gelakkan
Memetik mStar, Afiq menjelaskan dia tidak kisah melakukan pekerjaan sebegitu namun malu apabila pekerjaan halal itu ditertawakan orang.
“Sejujurnya saya tak kisah kerja Grab tapi bila orang gelakkan pekerjaan ini, saya jadi malu. Saya ada followers tinggi.
“Mesti orang ingat individu yang ada followers (pengikut) ni kaya. Lepas tu orang tengok saya kerja penghantar makanan, saya miskin. Padahal kerja Grab sehari boleh cecah RM200 ke RM300,” katanya.
Bilangan Pengikut Ramai Tak Menjanjikan Tawaran Kerja
Kongsi Afiq lagi, bilangan pengikut yang ramai tidak menjanjikan tawaran kerja yang berpanjangan.
Malah difahamkan, dia telah melakukan pekerjaan tersebut selama dua tahun disebabkan kekurangan review di media sosial.
“Saya cuma buat part time Grab untuk cari duit tepi sementara tengah tak ada job review. Job tu ada tapi sekarang susah nak dapat review.
“Saya rasa pelik, salah ke kalau orang ada followers ni kerja biasa? Sampai orang lain nak gelak dan judge saya?
“Kadang terfikir juga kenapa saya masih ‘tersangkut’ dekat sini sedangkan orang ada followers tinggi dah berjaya. Mungkin rezeki saya belum sampai,” jelasnya lagi.
Mohon Orang Ramai Tak Hakimi Pekerjaan Individu
Pada masa yang sama, Afiq menasihati orang ramai agar tidak menghakimi pekerjaan seseorang.
“Pesanan saya untuk orang ramai, tak kisah orang tu ada berapa followers pun, dia tetap orang biasa. Tak kisahlah kerja apa, yang penting halal,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Selepas As’ad Motawh, TikToker Pula Dikritik Selepas Dakwa Sekolah Tiada Nilai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “TikToker & Youtuber Bukan Satu Pekerjaan”, Dr Malar Tergamam Lihat Respon Cita-Cita Pelajar
Baca Artikel Berkaitan: “Ilmu Bocah Apa, Degree Tu Kita Beli” – Influencer Anggap Ijazah Hanya Sekadar ‘Perniagaan’ Undang Kecaman [Video]
Source:



![Tular Ford Ranger Sengaja Langgar Kereta, Rupanya Kerana Dendam 5 Tahun Lalu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)