Eksperimen Sosial: Peniaga Sedekah Nasi Lemak Kepada Lelaki Yang ‘Mencuri’ Terima Pujian [Video]

LocalEntertainment
17 Feb 2025 • 5:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum sedia maklum, bukan semua di kalangan masyarakat yang mewah dan cukup segala keperluannya. Segelintir individu terpaksa hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Pun begitu, masih ramai di luar sana yang sudi membantu golongan tersebut dengan menyumbang makanan, wang, pakaian dan banyak lagi.

Sebenarnya jika terserempak dengan orang susah di depan mata kita juga dianggap sebagai satu ujian dari Allah Yang Maha Esa. Sama ada anda bertindak membantu atau hanya tutup sebelah mata.

Lelaki Secara Tiba-tiba Curi Nasi Lemak Dari Pelanggan Gerai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jonas.anak.malaysia) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Jonas sedang melakukan satu eksperimen sosial melibatkan orang awam bersama peniaga gerai nasi lemak.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki berbaju putih sedang menghampiri gerai itu dan secara tiba-tiba mengambil bungkusan makanan dari tangan seorang pelanggan. Lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan duduk di hadapan van soya bersebelahan dengan kedai berkenaan.

Geram dengan situasi itu, pelanggan gerai terbabit kemudian menerjah si pelaku. Lelaki itu dilihat meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab si pelaku yang mencuri sesuka hati.

“Apa curi-curi hah? Tengok dia curi makanan orang. Tak bolehlah macam ni,” tegas si pelanggan.

image is not available
Sumber: TikTok (@jonas.anak.malaysia)

Peniaga Baik Hati Tak Berang Walaupun Makanan Dicuri

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah peniaga wanita itu langsung tidak berkira dan mempertahankan si pelaku. Bahkan, dia juga berkata dia tidak kisah untuk memberi sumbangan makanan kepadanya.

Si pelaku yang juga seorang ‘OKU’ (Orang Kurang Upaya) berkata dia berasa lapar pada ketika itu. Oleh disebabkan simpati dengan nasib lelaki berkenaan, peniaga itu meminta pelanggan itu dan seorang peniaga untuk melepaskannya.

“Uncle tak apa lepaskan je (pelaku). Saya bagi dia (makanan). Biar je,” kata pemilik gerai kepada peniaga soya itu.

Bagaimanapun, peniaga soya itu juga menawarkan diri untuk membayar nasi lemak yang dicuri serta menghulurkan minuman buat lelaki tersebut.

Walaupun ia adalah eksperimen sosial sahaja, tetapi kedua-dua peniaga itu tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan individu yang memerlukan di luar sana.

Bagi membalas sikap baik hati itu, Jonas dengan senang hati memberi sejumlah wang kepada kedua-dua peniaga kerana sudi menghulurkan pertolongan.

@jonas.anak.malaysia Social Experiment siapa yang akan tolong @budakbaik_223 ♬ 原声 – jonas.anak.malaysia

Tonton video [DI SINI].

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai sehingga meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta setakat artikel ini ditulis (17 Februari).

Ramai Puji Tindakan Kedua-dua Peniaga Kerana Baik Hati Membantu Si Pelaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan kedua-dua peniaga yang sudi membantu si pelaku.

“Terbaik, mendidik hati bersabar alami ujian-ujian masa berniaga. Masa ni baru tahu keikhlasan dalam meniaga makanan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa terharu melihat kebaikan penduduk di negara ini.

“Aku nangis bukan sebab sedih tapi terharu tengok masyarakat kita masih ada orang baik yang tolong tak kira bangsa. Terima kasih rakyat Malaysia,” kata seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
TikTok (@jonas.anak.malaysia)

Sedekah Akan Tambahkan Rezeki Seseorang

Dalam Islam, amalan bersedekah adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya.

Bahkan, amalan ini juga akan dapat membuka ruang pintu rezeki anda dengan lebih meluas sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bersabda:

“مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ”

Maksudnya: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”

[Riwayat Muslim (2588)]

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.

Source: